KU MENULIS

















Wednesday, April 7, 2010

asmaradana dan tiz zakiah

semalam aku tertidur masa tunggu asmaradana. hari tidak..kenapalah jiwang sangat cerita ni. aku dah falling in love dengan tiz zakiah, saheizy sam dan iqram dinzly..esk kita sambung yea.

episod hari ini:

amran get married dengan natasha hudson yang cun tu..then getting pregnant. amran pergi kl dan skodeng azizah. dia tgh pregnant jugak tapi anak ke2.

amran pulak sampai mengigau malam-malam sebut nama azizah..bila wife tanya kata arwah kakak dia. biasa la kan. nak selamat kan keadaan.

lepas tu bersambung...

dijangkakan.
natasha ambik spy untuk wat research pasal azizah. biasala kan. perempuan memang suka buat macam tu.

jumpa esk..muah-muah. tiba-tiba je dah tak suka kat brad pitt and angelina jolie. kehkeh

Monday, April 5, 2010

siapa diri dia

Mengisi masa dengan 'La Tahzan' membuat aku berada di dalam situasi yang berbeza. Dalam meniti hidup yang kadangkala jemu, mudah rapuh, hanyut dengan belaian dunia, tragis dengan kekejaman penyakit, lara dengan kesedihan, dan semangat yang ingin pulih dari kepiluan; buku ini memang membawa aku kembali bernafas. Malah segar dengan oksigen yang ku rasa sangat tepu pada ketika ini. Ia membawa aku benar-benar faham dengan perkataan 'Yakin ' Allah menentukan untuk kita. Hanya yang tinggal kita usahalah. Apa sahaja yang telah ditentukan untuk kita tetap kita akan dapat walau seluruh alam tidak mahu; apa sahaja yang tidak ditentuka oleh kita, maka tidak akan sampai ke tangan kita walau pun seluruh alam ini mahu ia menjadi milik kita.