KU MENULIS

















Monday, April 5, 2010

siapa diri dia

Mengisi masa dengan 'La Tahzan' membuat aku berada di dalam situasi yang berbeza. Dalam meniti hidup yang kadangkala jemu, mudah rapuh, hanyut dengan belaian dunia, tragis dengan kekejaman penyakit, lara dengan kesedihan, dan semangat yang ingin pulih dari kepiluan; buku ini memang membawa aku kembali bernafas. Malah segar dengan oksigen yang ku rasa sangat tepu pada ketika ini. Ia membawa aku benar-benar faham dengan perkataan 'Yakin ' Allah menentukan untuk kita. Hanya yang tinggal kita usahalah. Apa sahaja yang telah ditentukan untuk kita tetap kita akan dapat walau seluruh alam tidak mahu; apa sahaja yang tidak ditentuka oleh kita, maka tidak akan sampai ke tangan kita walau pun seluruh alam ini mahu ia menjadi milik kita.

No comments:

Post a Comment